Kenali rakan sekerja anda ataupun adakah anda ada pada mana-mana level ini?
Kaki Gosip
-Kebanyakan gosip yang disebarkan itu sering tidak tepat dan juga menyakitkan hati. Biasanya kaki gosip ini tidak kira masa dan tempat asalkan dia boleh bergosip!
Pemalas
-Bergayut di telefon berjam-jam dan kadangkala disertai dengan gelakan yang kuat tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Oleh kerana sibuk dengan urusan bukan kerja, maka untuk selesaikan tugas, dia akan serahkan atau membahagi-bahagikan tugasannya kepada rakan lain.
Anak emas
-Cuba mendampingi bos dan juga suka melaporkan kerja-kerja yang telah dilakukan olehnya disamping melaporkan kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan lain.
Pencuri idea
-Dalam sesi perbincangan, dia kelihatan tidak banyak bercakap ketika rakan-rakan lain sibuk membahas idea masing-masing. Apabila ditanya pandangannya, dia tidak akan menjawab selain ketika bermesyuarat dengan pihak atasan. Pada masa itu, dia akan tampil bak seorang bintang dan menghuraikan ideanya yang sebenarnya diperoleh daripada hasil 'mencuri dengar'
'Bos kedua'
-Individu jenis ini merasakan dia adalah pekerja yang paling dipercayai oleh bos. Dia kerap memberikan arahan dan tugasan kepada rakan-rakan lain dengan alasan semua ini adalah atas arahan bos. Biasanya sikapnya itu hanya akan 'menyerlah' ketika bos keluar.
Pencuri waktu
-Apabila bos keluar, dia turut ikut 'menghilang' dan pulang sebelum bos masuk ke pajabat semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan