u klik me,i klik u back :)

Rabu, 20 Julai 2011

Floria di Putrajaya

Haluuuuu....apa kabar semua?pertama sekali, banyak2 sori dari pihak tuan punya belog sebab dua bulan lebih sudah menyepi diri. Ini belog sampai tahap dua tiga lapis punya sawang sudah.hehehehe.....
Ok ni 1st entri saya selepas saya berpindah dari ofis lama(nanti next entri kita flash back semua cerita lama ok). Entri ni saya buat sempena Hari Bunga di Putrajaya minggu lepas. Sapa2 yang tidak sempat pigi tengok bunga hari tu, sini ada sedikit gambar saya sertakan. Memang mulanya mau snap banyak2 gambar tapi kamera pink saya tu buat hal pula.tangkap dua gambar terus dia tunjuk bateri empty.memang frust sungguh...huhuhu...dalam masa jalan-jalan tu, tiba-tiba teringat dengan member opis lama yang memang gila tangkap gambar, Arsyhad dan Basari. Kalau dorang ada, memang puas hati mereka ketik DSLR mereka itu...so friends please enjoy the picta okay^__^
Gambar kawasan Laman Seni. Satu-satunya kawasan yang sangat di minati. Sebab saya memang suka seni. Hampir-hampir lagi saya suruh pelukis tu lukis potret muka saya. Tapi bila ingatkan balik, lebih baik saya suruh kawan saya di KK tu lukis time saya balik cuti nanti...hehehehe.Oh ya nama pelukis yang sempat saya interview tu ialah Abang Azhar.





Kawasan orkid. Masa jalan-jalan di area orkid ni, baru saya perasan kebanyakan yang beli bunga ni ialah orang-orang yang pangkat ibu2 gitu. Memang cantik sangat bunga ni tapi kalau saya beli pun tak guna juga sebab saya memang tidak pandai jaga bunga orkid ni. Kalau sekadar untuk tengok2 saja tu bulih la ;)


 Sebahagian hiasan bunga yang dipamerkan mengikut negara. Satu-satunya hiasan yang saya ingat ialah hiasan sebelah kanan tu, yang ada bangau tu. Tu hiasan bunga dari Negara Pakistan.



Sekitar kawasan Floria yang sempat saya ambik gambar sebelum kamera saya 'menutup mata'. Kawasan tu memang sangat cantik tapi apakan daya saya cuma memandang dengan geram ja sebab tiada peluang langsung mau tangkap gambar. Kamera handphone lagilah tak boleh pakai. Habis semua gajet saya merajuk hari tu.....adeiiiii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan