u klik me,i klik u back :)

Selasa, 26 Julai 2011

Terpeluk Hantu Pocong.

Haluu....hari ni mau cerita pasal kisah seram yang benar-benar berlaku. Tapi syukur sangat-sangat bukan saya yang mengalaminya.tapi kawan opis yang bagitau. Ni kisahnya bersama dengan hantu pocong.Baru teringat mau cerita, itu pun sebab baca cerita hantu di blog member HARDYBOY.
 Kawan opis saya(ILI) cerita dengan muka relaks dia ja(tapi bila saya tilik2 mukanya tu, ada juga perasaan seramnya). Masa tu dia p kursus di area KL. Hotel yg dorang stay tu kiri kanan, tepi depan belakang semuanya shopping kompleks. Tapi ada juga mahkluk yang duduk sana....hmmmm. Masa tu(jam 3am)dia tersedar sebab dengar ada suara dekat tepi telinganya asyik berbisik(ni kes mo bagi bangun kawan saya la ni). Sekali dia dengar betul2, 'benda' tu berbisik dengan kawan saya..."ko ingat yang ko peluk tu bantal?"(sebab dia tidur suka peluk bantal). Sekali dia buka mata, bantal yang dipeluknya tu telah bertukar menjadi pocong!yang tak tahan tu, 'benda' tu siap senyum dengan kawan saya. Kami yang tengah kusyuk dengar ceritanya tu pun boleh menjerit seram tau. kawan yang dari Sarawak tu siap peluk saya lagi.....Seram!!!!
Dengan tahap mengelabah dan badan sudah keras macam batu, kawan saya tu gagahi juga menyebut doa2 yang dia sempat ingat(walaupun berterabur dah bacaannya), pastu pocong tu sambung lagi ayat dia(suka sembang pocong ni!)...." ko ingat ko baca aku takut?" Adoiiii....kalau saya memang demam seminggu! Tapi kawan saya bagitau yang dia pun baru sedar yang dia tu ada deria keenam. Sebelum kes peluk hantu pocong ni, pengalaman pertamanya bertemu dengan hantu, ialah semasa menghadiri kursus di Sarawak. Di Sarawak pula dia jumpa hantu pahlawan Sarawak(dia gelar Hantu Rentap). Masa tu memang dia menjerit menggegar dunialah. Sudah jumpa baru pengurus hotel tu bagitau yang bilik dia duduk tu memang berhantu.hahahahaha...lucu ada kesian pun ada juga dengan dia ni. 
Lepas tau ceritanya macam ni, kami sepakat takmau duduk satu bilik dengan dia bila pergi kursus sama2(jahatkan....hehehehe)


Sekadar gambar hiasan yang di ambil dari Encik Google.....layan saja ok ;)

 Eh, ini bukan pocong.sekadar suka2 :)





Mungkin lebih kurang macam ni lah kawan saya tu pelukkan?Serammmmm......






Rentap yang kawan saya jumpa tu lagi garang mukanya dari yang dalam gambar ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan